Thursday 23 May 2013

SUSU MAKIN KURANG...NAK BANYAKKAN SUSU???

Assalamuaikum & salam ceria semua....

Ok hari ni kita amik masa skit bercerita tentang masalah ni... menyusukan anak ni, perlu banyak2 bersabar... kene ada sokongan dr orang tersayang & kata2 semangat dr keluarga.. En suami ingat tu... kadang2 bila mood ibu2 menyusu tu xmenentu boleh jadi jugak bekalan susu k berkurangan.. saya juga pernah mengalami.. Ok, kita direct pada soalan "macam mana nak banyakkan susu?". Ramai ibu2 yang mengadu masalah yang sama.

"susu dh kurangla..macam mana nak bg banyak susu balik? Pam 3jam sekali dh kt pejabat tp...."

 Ihsan Google : Macam Arif la...
 
 
Itu antara keluhan ibu2 bekerja untuk mendapatkan stok susu.. Sebelum kita menjawab soalan nak membanyakkan susu, mari kita cari dulu punca yang menyubabkan susu kita makin kurang. Kenapa & bagaimana.. Ada beberapa sebab mengapa susu mula kurang. Antaranya ialah:
  • haid
  • pil perancang (noriday sahaja yg boleh bagi ibu menyusu)
  • stress
  • puasa
  • sakit/ mengandung
  • kurang minum air masak tp kuat minum ais & minuman berkafin
  • letih & kurang tidur
  • anak dh mula meningkat usia <hampir 2 thn>
Sekiranya senarai di atas memang ada dengan anda, so apa yang perlu anda lakukan?

1) POWER PUMPING
Power pumping adalah salah satu kaedah sangat membantu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu dengan meniru gaya ‘cluster feeder’ di kalangan bayi menyusu. Boleh buat dalam 2 atau 3 kali sehari, InsyaAllah. 
Cara membuat power pumping ialah: (dalam masa 1 jam)
(double pumping)
10 minit pam, 10 minit rehat, 
10 minit pam, 10 minit rehat
(single pumping)
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat

2) KERAPKAN PAM DI WAKTU MALAM
Hormon prolaktin meningkat secara natural pada waktu malam. Jadi anda digalakkan untuk mengepam pada waktu malam agar penghasilan susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.

3) KERAPKAN LAGI SESI MENGEPAM DI PEJABAT / RUMAH
Kalau sebelum ni hanya 2 kali sahaja pam di pejabat, cuba lebihkan menjadi 3 kali pula. Jangan biar susu "tinggal lama" dalam payudara. Ini kerana susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan). 
- Bila payudara dipenuhi susu, FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. 
- Bila payudara kosong, FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat. 
So jangan biar lama - lama atau biar betul - betul bengkak baru nak pam. Kesimpulannya bila payudara kosong, maka lebih cepatlah susu dapat dihasilkan.

4) PAM DENGAN LEBIH LAMA
Kalau biasa pam 10 minit, cuba tambah lagi 10 minit. Mungkin dalam tempoh mengepam yang extra tu boleh dapat letdown berkali-kali. Biar je corong pam tersebut berada di payudara walaupun susu masih belum keluar. Nanti bila "letdown sudah datang" jeng..jeng..banyaklah susu tu akan keluar. 

5) RANSANG PUTING PAYUDARA
Sebelum pam, cuba anda gentel - gentel puting selama 5 minit. Bila susu dah mula nak keluar baru letakkan corong pam. Sambil - sambil tu anda juga boleh mengurut payudara iaitu dengan cara dari dada ke puting, cuba bayangkan anda menolak susu tu keluar.Kadang - kadang minda bawah sedar sangatlah powerful InsyaAllah.

6) AMBIL MAKANAN BERKHASIAT
Untuk membantu bagi meningkatkan lagi penghasilan susu ibu, anda bolehlah mengambil apa - apa milk booster atau galactagogue sebagai conton makanan yang tinggi protin, serat dan kalsium.
 
Ok sampai sinilah saya berceloteh...bukan hanya info untuk anda malah ia juga berguna untuk saya.
 

No comments:

Post a Comment