Friday 13 September 2013

AMALAN TRADISIONAL IBU SELEPAS BERSALIN

Hai semua...

Erm... redup sungguh petang ini. Teringat plk waktu2 berpantang dulu. Ok kengkawan semua, hari ini saya nak kongsi bersama anda amalan2 penjagaan ibu selepas bersalin.. Sebenarnya, kita tidak boleh amik mudah dalam berpantang ni. Klu saya dulu, kadang2 main redah je, bukan mak tak pesan pantang itu pantang ini.. tak blh pakai baju tangan pendek dll. Tapi tula, kdg2 kita perasan tak yg apa yg tak boleh nak buat masa tu la kita nak buat... Sebenarnya, itu untuk kita juga. Tak nak masa dah tua esok sakit tang sini sakit tang situ..

Jom kita kongsikan bersama petikan akbar yang saya baca ni...

Amalan perubatan tradisional Melayu dlm menjaga ibu selepas bersalin amat popular di kalangan wanita Malaysia. Rawatan ini amat teratur dan terperinci. Ia adalah bertujuan utk membantu para ibu dalam usaha menjalani proses pemulihan yg mengambil masa sekitar 40-44 hari. Dengan mengamal kaedah ini, para ibu dpt mengembalikan tenaga dan mengekalkan kesihatan selepas bersalin.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan Perkhidmatan Amalan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin di Hospital Integrasi. Antara perkhidmatannya adalah Urutan kesegaran dan Rawatan Perbidanan.

Urutan kesegaran terbahagi kepada 2 iaitu urutan kesegaran badan dan penjagaan payu dara. Manakala rawatan perbidanan merangkumi perkhidmatan urut, bertungku, dan bengkung.




No comments:

Post a Comment