Wednesday 4 December 2013

KENAPA PERLU MINUM BANYAK AIR BILA AMBIL SUPLEMEN?


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Ermmm... harap2 semua sihat no.. semua sudah maklum bahawa air memang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Begitu juga kisahnya jika kita mengambil suplemen. Badan memerlukan lebih banyak air untuk menguraikan suplemen yg diambil malah dengan pengambilan air yg banyak dapat memberi keberkesanan yg baik kepada pengamal suplemen. Jom kita lihat antara masalah yg sering di alami oleh sesetengah pengamal suplemen yg kurang minum air.




KES 1:
Serena sering mengadu berasa panas dan dahaga sejak mengambil vitamin-vitamin dalam set breastfeeding Shaklee.

KES 2:
Azman mengadu pening, sakit pinggang dan lemah badan sejak mengambil vitamin dalam set Shaklee untuk lelaki.

KES 3:
Rini mengadu susu badannya semakin berkurangan sejak mengamalkan vitamin dalam set breastfeeding Shaklee.

Setelah diselidiki ketiga2 kes di atas, hanya satu jawapan saja:

KURANG AIR

Baik Serena, Azman mahupun Rini, mereka tidak meningkatkan pengambilan air selepas mengambil suplemen vitamin. Lalu menyebabkan mereka mengalami healing crisis yang teruk.

Mengapakah perlu banyak air apabila mengamalkan suplemen?

(1) Suplemen vitamin adalah dalam bentuk dos yang pekat, berbanding vitamin dalam makanan yang biasa kita makan. Vitamin dalam makanan memerlukan masa untuk diuraikan oleh tubuh, dan ada yang tak terurai pun. Sebaliknya suplemen vitamin terus dalam bentuk yang ringkas.

Analoginya, satu gelas air cukup untuk melarutkan 1 sudu gula, tapi kita perlukan lebih air untuk melarutkan 1 senduk gula.

(2) Suplemen vitamin memerlukan air untuk membuang toksin dalam badan.

Analoginya, bila kita basuh kotoran dengan air sabun, kita perlu lebih air untuk membersihkan sisa sabun itu pula.

Jadi, pengambilan air bukan main-main bila anda mengamalkan suplemen. Pastikan melebihi 3 liter sehari. Jangan risau kalau asyik rasa nak ke tandas (sebenarnya cuma persepsi saja).

Jadi, minumlah air secukupnya, agar kebaikan vitamin yang anda ambil dapat dioptimumkan sebaiknya.

Vitaminsemulajadi 



                                                          



Semoga kita sama2 dapat manfaat daripada info yg dikongsikan ini. Jadi kita tidak perlu takut atau gusar untuk mengamalkan pengambilan suplemen dalam kehidupan seharian kita. Jom kita ber 'Shaklee'...  (^_^)

No comments:

Post a Comment