Sunday 21 July 2013

KESAN & BAHAYA TIDUR SELEPAS SUBUH


Assalamualaikum & salam ceria semua...

Mudah- mudahan pagi Ramadhan yang ke-13 ni memberi rahmat kepada kita semua. Ok pagi ini, saya ada baca terbaca mengenai tidur.. Klu sebut pasal tidur ni, ada juga segelintar yang sudah aje bersahur, pasti akan tertidur dulu sementara nak masuk subuh.. Betoi x? Tak payah cakap pasal orang kekadang saya pun tak terlepas dari melakukannya.. tambah2 time cuti sabtu ahad tu, yerla... masa ni kan xhantar anak sek.. mulala amik kesempatan.. (^-^)





Semua tahu bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Tetapi, kita sentiasa melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya kita gunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata waktu inilah kita gunakan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Peringatan ini bukan dituju untuk mengata orang malah saya memperingati diri saya sendiri ...

Ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan bahawa banyak tidur ini dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan, “Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Waktu tidur yang paling bermanfaat iaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. 

Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

(Credit) 
Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

  • Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur’an dan As Sunnah
  • Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
  • Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.
  • Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya. 
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.” (Miftah Daris Sa’adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.


  • Menghambat datangnya rezeki.
Ibnul Qayyim berkata, “Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat.” (Zaadul Ma’ad, 4/378)


  • Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)

Saya harap dengan perkongsian maklumat ini dapat memberi manfaat pada kita semua. Moga pagi ini kita dapat melakukan pada kebajikan & kebaikan.. Amin3x

No comments:

Post a Comment