Saturday, 11 May 2013

ANAK SELALU DEMAM

Hai semua... Selamat petang.. Redup je petang ni.. Apa kata petang ni kita baca sedikit tentang Nutriferon... Nak tau tak? Ke dah tau? Mesti ramai tak tahu apa tu Nutriferon kan? haaa.... Jom kita share bersama infonya.






NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi. Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat.Apa itu interferon? Basically ianya adalah sejenis hormon yg berfungsi sebagai perisai penting dlm sistem pertahanan badan terhadap virus2.Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
 
Nutriferon bekerja dalam dua cara~segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan “pasukan cari dan musnah’ dalam sistem imuniti badan  

Sejarah Nutriferon..siapa yang menciptanya
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.
 
Siapa yang perlukan Nutriferon?
Sesiapa sahaja yang selalu demam / rendah sistem imun dan sebarang penyakit yang berkaitan dengan imuniti/antibodi seperti flu,demam,cancer,asma... tetapi harus diingat yer yang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh sebarang jenis penyakit. Ajal maut ditangan Tuhan..kita sebagai manusia hanya berusaha dan berikhtiar..


Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda pada masa akan datang.
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam perut anda.”Errks…takmau la makan painkiller lepas ni !
 
 
PETUA BILA ANAK DEMAM
 
 
 
Jangan ambil mudah bila anak selalu demam kerana demam merupakan tanda-tanda awal yang menunjukkan ada yang tidak kena dengan sistem badan anak tersayang.Di sini ada beberapa petua yang boleh di kongsi apabila anak demam saya petik daripada blog kak N [credit]. Semoga petua yang dikongsi dapat memberi manfaat buat ibu-ibu yang sering berdepan dengan masalah anak demam.

Memang ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu mampu membekalkan antibodi terbaik buat si anak. Namun demam, batuk dan selsema adalah penyakit biasa yang perlu dilalui dari zaman kanak-kanak hinggalah umur kita meningkat. Hakikatnya bila kita sakit antibodi kita akan melawan penyakit dan kerana itu juga suhu badan kita boleh meningkat dan kita katakan demam….walaupun begitu demam itu tidak boleh dipandang remeh kerana kebanyakan demam tarik adalah disebabkan suhu badan meningkat tinggi sehingga diluar kawalan.Selepas kelahiran Nasa, ibu tidak panik untuk melalui fasa anak kurang sihat….petua yang diajar oleh bidan Makcik Maznah ibu amalkan sehingga kini dan alhamdulillah sangat berpuashati. Apa kata makcik Maznah?
  • Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
  • Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.
  • Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.
  • Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
  • Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :)   Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik.
Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.^^

No comments:

Post a Comment