Hari ni dh masuk hari ke-5 kita berpuasa.. Harap2 kita dapatla menjalankan kewajipan kita dengan penuh keikhlasan & semoga ia mendapat keberkatan dr Allah SWT..
Ok, hari ni kita nak cite pasal jantung & kolestrol.... haaa... kolestrol ni klu nak tahu, ia merupakan adalah pembunuh dalam senyap tau... bukan hanya orang gemuk malah kolestrol juga boleh bersarang dalam badan orang kurus juga.... Jom kita pelajari dengan lebih dekat lagi permasalahan ini & cadangan supplemen yg perlu diambil bg mencegah kolestrol dr menyerang kita....
(Credit)
Kenapa kolestrol yang tinggi amat berbahaya
Kolestrol yang terkumpul kepada darah jika tidak dikawal akan membuatkan anda akan diserang tekanan darah tinggi akibat tekanan pengepaman pada jantung. Jantung akan mula bekerja keras mengepam darah untuk disalirkan keseluruh tubuh. Proses ini pula akan menjadikan otot dan arteri jantung menjadi keras & bermulalah penyakit lemah jantung. Lama- kelamaan, jantung yang lemah membuatkan aliran darah beku berlaku dengan perlahan. Apabila darah mengalir perlahan, penimbunan lemak mula berlaku dalam darah. Ianya kan menjadikan salur darah semakin sempit & penyumbatan akan berlaku pada bila2 masa. Yang pasti itulah "SILENT KILLER". Dalam beberapa saat, apabila penyumbatan berlaku, usia kita ditentukan olehNya.
Apakah vitamin yang sekurang-kurangnya ada demi mengawal kandungan kolestrol dalam darah terutama dalam mengawal kolestrol jahat iaitu LDL.
OPTION 1 : Vitamin C, GLA , Lecitin (basic)

OPTION 2: LECITIN ,VITAMIN E, VITA C (jika ada budget lebih sikit)
Ok, berikut adalah beberapa kepentingan vitamin yang perlu untuk kita untuk menjaga kesihatan jantung kita. Jom kita baca..
Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.
Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.
Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.Menguatkan imuniti tubuh.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Semoga dengan perkongsian info ini dapat membantu & menjadi panduan kita bersama untuk menjaga kesihatn jantung kita. Seperti pepatah menyatakan ' mencegah lebih baik daripada mengubati. Sebagai manusia kita perlulah berusaha untuk menjaga kesihatan diri. Sayangilah jantung kita.
Semoga dengan perkongsian info ini dapat membantu & menjadi panduan kita bersama untuk menjaga kesihatn jantung kita. Seperti pepatah menyatakan ' mencegah lebih baik daripada mengubati. Sebagai manusia kita perlulah berusaha untuk menjaga kesihatan diri. Sayangilah jantung kita.


No comments:
Post a Comment