Friday, 26 July 2013

TIPS ATASI GASTRIK

Salam ceria semua...

Masih di bulan yang penuh berkat Bulan Ramadhan.. Biasala bulan Ramadhan ni, pasti penyakit gastrik selalu menyerang.. yerla...Tak makan kan... Ok, di sini saya nak kongsikan bersama tips untuk mengatasi masalah ini. Harap ia dapat menjadi panduan buat kita semua...


Penghidap gastrik yang kronik biasanya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana
boleh memudaratkan diri. Antara penyebab gastrik yang utama ialah pengamalan
waktu makan yang tidak statik dan tidak teratur. 

Acapkali penghidap gastrik terpaksa meminum air susu terlebih dahulu apabila diserang gastrik. Penghidap gastrik yang terus menjamah makanan lain apabila kelaparan biasanya akan mengalami kesakitan perut yang teramat sangat. Anda tentunya tidak mahu hidup
anda terus diganggu oleh penyakit ini, ini kerana penghidap gastrik tidak digalakkan memakan cili, cuka, asam dan makanan berlemak sedangkan kebanyakan makanan di sekeliling kita mempunyai kesemua gabungan rasa tersebut. Jadi, apakata jika anda mencubanya.

Tips merawat gastrik

1. Susu kambing
Amalkan meminum susu kambing yang baru diperah. Jika sukar untuk mendapatinya,
boleh juga amalkan meminum susu kambing yang dijadikan susu tepung. Amalkan
meminumnya setiap hari.




2. Daun betik
Ambil sehelai dua daun betik rambai atau akarnya dan rebus. Air rebusan itu
diembunkan semalaman dan minum setiap hari sebelum masuk tidur.



3. Akar patawali
Akar patawali juga boleh dijadikan sebagai penawar penyakit gastrik. Caranya
ialah dengan merebus akar patawali ini dan minum air rebusannya setiap pagi.
Harus diingatkan yang akar patawali adalah sangat pahit.





4. Selaput tunggul
Ambil tujuh helai daun selaput tunggul. Ramaskan daun-daun tersebut dengan
sedikit air sehingga menghasilkan air berwarna hijau. Campurkan dengan susu
segar dan minum setiap malam.


5. Daun sembong
Ambil daun sembong sebanyak lima helai dan direbus dengan tiga gelas air.
Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas dan campurkan dengan
sedikit garam. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum mengambil sarapan pagi.


6. Daun mengkudu
Ambil lima helai daun mengkudu dan rebus. Daun yang sudah direbus itu, boleh lah
dimakan dengan kicap.



7. Daun bunga lili
Layurkan daun lili ke atas sapu. Kemudian, sapukan minyak kelapa ke atas daun
yang telah layu itu. Ambil sedikit asam jawa dan ramaskan, kemudian tempekkan
pada perut, manakala daun bunga lili dijadikan sebagai pembalut.



8. Tempurung kelapa
Tempurung kelapa yang tidak terlalu tua dibakar hingga jadi arang dan dimasukkn
ke dalam air secukupnya. Tapiskan dan ambil airnya. Minumlah air tersebut setiap
pagi dan petang.


No comments:

Post a Comment