Saturday, 26 October 2013

BASIC-H YANG SERBAGUNA

Kegunaan Semasa Kecemasan

Kenapa saya menyarankan setiap rumah mesti memiliki sekurang-kurangnya 1 botol Basic-H?  Kerana ia mempunyai 1001 macam kebaikan. Basic-H juga dapat membantu kita di kala kecemasan sebelum kita berjumpa dengan doktor atau pakar bagi mendapat rawatan lanjut.



Berikut adalah antara kegunaan Basic-H:

1. Menghapuskan kutu di atas kepala Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas

2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga

4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor) Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5. Sakit gigi Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit) Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.

7. Ulser dan mulut berbau Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)

8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.


Jom kita lihat testimoni di bawah:




Kenapa saya sukakannya?

Sekarang ni banyak orang bercakap tentang green-living, natural-living, organic dan sebagainya. Dah ramai yang back-to-basic, misalnya mengamalkan penyusuan ibu (breastfeeding), menggunakan lampin kain (cloth diapers), kitar semula (recycle) dan sebagainya.

Di sini saya nak berkongsi pencuci serbaguna (memang serba guna sgt2, saya sukakannya!) yang dibuat dari bahan organik, tanpa fosfat, bio-degrable, tiada toksik, dan yang bestnya boleh digunakan dengan selamat tanpa perlu membilasnya.


Apakah kegunaan Basic-H yang istimewa ini:



Sebagai pencuci

  • Cuci tandas, cuci lantai, cuci dinding, cuci pinggan
  • Cuci kesan gris dan minyak
  • Rendam baju especially baju baby. Rendam 4-5 hari pun tak berbau


Merendam sayur & buah

  • Bukan sahaja memisahkan bendasing dari sayur/buah, tapi juga meneutralkan pestisid dan pengawet yang digunakan terhadap sayuran/buah tersebut


Kegunaan keluarga

  • Ubat ulser mulut. Celupkan basic-H menggunakan putik kapas & letakkan pada bahagian ulser.
  • Memandikan bayi dan kanak-kanak.
  • Ubat gigi. Titikkan 2-3 titik Basic-H ke atas berus gigi dan berus seperti biasa.
  • Untuk jerlum/sponging semasa demam. Saya juga gunakan bila anak2 mula rasa ‘dedar’ (nak mula demam) dan beri satu sudu air Musoffa. Alhamdulillah suhu badan akan turun (not advisable kalau dah strike to 38 degree).
  • Mandikan anak2 dengan Basic-H untuk menghalang gigitan nyamuk (thanks to Ibu Kauthar).
  • Sebagai pencuci tangan.
  • Digunakan kepada anak-anak yang menghidap ekzema


Berkebun (gardening)

  • Air siraman tumbuh-tumbuhan yang ‘berkhasiat’. Titiskan beberapa titik ke dalam botol spray yang diisi air biasa dan spray ke pangkal pokok-pokok di taman.
  • Sebagai penghalau serangga perosak. Sama seperti cara di atas cuma sembur ke bahagian batang dan daun.
  • Basuh tangan dengan Basic-H sebelum memulakan kerja berkebun.

Kegunaan rumah

  • Menghilangkan bau busuk ikan. Cuma spray saja ke dalam tong ikan.
  • Titikkan setitis ke dalam seterika stim bagi menjaga kebersihan bahagian dalamnya.
  • Membersihkan kesan getah/gula2 getah.


Mencuci cloth diapers dan cloth pad

  • Rendam CD dan CP dengan Basic-H, pasti mudah menghilangkan kesan kotoran ;)
Sangat banyak kegunaan Basic-H ni. Nak list lagi dah tak larat :D Basic-H juga dikenali sebagai pencuci 1001 guna.  You’ll know when you have it in your home. Dah tak perlu benda lain lagi dah.

* Basic-H adalah double concentrated, jadi kena dilute atau larutkan dalam air terlebih dahulu. Satu botol 475ml tapi boleh tahan lama sebab guna sikit2 saja.

kredit: vitaminsemulajadi.com

No comments:

Post a Comment