Wednesday, 3 July 2013

TIP KEKALKAN SUSU IBU KALA BERPUASA

TIP KEKALKAN SUSU IBU KALA BERPUASA
Assalamualaikum & salam ceria semua.. Saya pasti ibu2 yang menyusu di luar sana pasti berasa gembira dengan info yang ingin saya kongsikan ini. Moga ia sgt2 bermanfaat untuk anda..
  • Makan 3x sehari - Ibu menyusu perlukan tambahan  700 kalori sehari. Biar pun berpuasa, ibu menyusu juga tetap perlu makan 3x sehari iaitu sahur, berbuka & moreh. Ketika berbuka, pastikan kita makan dengan kerap tetapi sedikit2.
 

  • Makan makanan seimbang - Apabila waktu bersahur, berbuka & moreh, anda perlu pastikan yang makanan yang diambil itu adala seimbang. Makanlah mengikut saranan pyramid makanan.
 

  • Makan kurma - Kurma mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada tubuh. Ia turut kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium & potassium. Memandangkan ibu menyusu memerlukan kalori tambahan, jadi kurma adalah pilihan yang paling ideal. Anda digalakkan mengambil 3-7 biji kurma setiap kali makan terutamanya ketika bersahur..

  • Pengambilan banyak cecair - Jumlah cecair yang perlu anda ambil ialah 3 liter atau lebih sehari. Oleh itu,anda digalakkan untuk meminum air kosong bermula dr waktu berbuka sehingga menjelang waktu Imsak. Selain air kosong, jus buah- buahan segar, minuman panas seperti coklat, malta & susu segar adalah pilihan terbaik. Selain memberikan tenaga, air panas dipercayai dapat membantu melancarkan susu ibu. Elakkan minuman berais/ sejuk terutama ketika bersahur & berbuka. Air sejuk memaksa badan menghasilkan tenaga haba dgn pembakaran melebihi 70 kalori sekali gus membakar kalori berlebihan.

  • Kerap menyusu & mengepam - Bagi memastikan lebih banyak susu dihasilkan, anda perlulah kerap menyusukan bayi. Bagi yang bekerja pula, anda perlulah kerap mengepam. Semakin banyak susu ibu dikeluarkan makasemakin banyakla susu dapat dihasilkan. Jika anda kurang mengepam atau menyusukan secara tidak sedar ia akan menyebabkan susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Untuk mengepam sesi berkenaan boleh dimulakan di awal pagi iaitu ketika waktu bersahur. Ketika ini, kuantiti susu ibu lebih banyak.

  • Bertenang & yakin diri - Anda kenalah sentiasa yakin yang anda masih boleh meneruskan penyusuan biarpun berpuasa. Jgn sesekali berfikir bahawa susu akan berkurangan sehingga tidak cukup untuk melengkapi keperluan anak. Perasaan risau akan menjejaskan fungsi hormon oksitosin untuk mengeluarkan susu. Fikiran yg tenang, relaks & yakin akan dapat membantu melancarkan pengeluaran susu.

Panduan Sahur
-       Disarankan untuk makan makanan yg mempunyai indeks glisemik (GI) yg rendah
-       GI ialah unit bagi kesan karbohidrat pd tahap gula dlm darah
-       Karbohidrat yg terurai cepat semasa proses penghadaman mempunyai GI yg tinggi.
-       Makanan yg rendah GI adalah seperti sayuran, kekacang, mee & nasi
-       Jgn bimbang, dalam keadaan berpuasa, tubuh akan mengguna pakai lemak & protein yg disimpan selama ini.

INFO:
Hak Ibu Menyusu
Berpuasa adalah wajib bagi ibu yg menyusukan anaknya. Namun Allah SWT member kelonggaran untuk tidak berpuasa berdasarkan keadaan ibu & bayi sepoerti susu ibu di dapati kurang, risau susu berkurang & tidak cukup untuk bayi. Anda perlu menggantikan puasa yg ditinggalkan pada waktu lain atau membayar fidyah atau member makan fakir miskin.
Credit Majalah Pa&Ma

No comments:

Post a Comment