Tuesday, 2 July 2013

PETUA RAMBUT SIHAT, KULIT CANTIK

Assalamualaikum...

Rahsia kecantikan, kesihatan & keremajaan kulit adalah dengan mengamalkan pengambilan buah- buahan di dalam diet seharian anda. Buah- buahan adalah sangat penting untuk kebaikan & kecantikan dalam & luaran terutamanya untuk mencantikkan kulit & rambut. Buah- buahan memang sudah kita tahu segala jenis vitamin dan zat2 yang terkandung di dalamnya. Ia bukan sahaja mudah di dapati, malah ia mempunyai pelbagai manfaat dalam penjagaan rambut & kulit. Jom kita kongsikan bersama sebahagian daripada buah- buahan yang baik untuk kulit.[Credit mamafaiz]




Epal: Epal boleh digunakan sebagai penyegar dan conditioner yang hebat. Berkurun lamanya ia digunakan untuk merawat penyakit kulit.
  • campurkan 1 cawan apple juice ke dalam air mandian untuk membersih dan melembutkan kulit
  • apple juice boleh digunakan sebagai penyegar nafas
  • apple juice boleh digunakan untk merawat kelemumur dengan menggunakannya sebagai bilasan terakhir selepas syampoo rambut. Pastikan juice apple di urut dengan rata di kulit kepala. (sebaiknya guna epal hijau), dan boleh juga diperap selama 15 minit sebelum dibilas dengan air biasa.


Lemon/Limau Nipis: Bahan yang sangat mudah diperolehi dirumah. Adik beradik limau ini sangat berguna untuk membersih dan menyegarkan kulit dan rambut.
  • Potong lemon/limau nipis dan gosokkan pada kulit kasar seperti di siku, lutut dan tumit kaki untuk melembutkannya.
  • Potongan lemon/limau nipis juga membantu menghapuskan bau badan dengan mencampurkan beberapa sudu patinya ke dalam air mandian
  • Pati lemon/limau nipis juga boleh dicampur bersama pembersih/shampoo kegemaran untuk menyegar dan menyihatkan kulit dan rambut. Ia juga mencegah kelemumur.



Strawberry: Strawberry baik untuk rawatan melembut dan menegangkan kulit. Ia kaya dengan salcyclic acid, yang selalu digunakan dalam krim-krim mencegah acne dan sangat sesuai untuk kulit remaja yang bermasalah.
  • Campurkan 1/2 cawan strawberry segar + 1 sudu besar susu masam (sour cream atau plain yoghurt) dan sapukan pada muka (mask) seminggu sekali
  • Memakan strawberry/ menggosokkannya pada gigi boleh memutihkan gigi dan menyegarkan nafas.



Pisang: Pisang sangat bagus untuk kulit. Ia kaya dengan protein dan lemak semulajadi yang boleh digunakan oleh semua jenis kulit. Pisang adalah antara rahsia AWET MUDA. Ia bebas lemak dan kaya dengan vitamin, potassium, calcium dan manganese.
  • sangat bagus untuk pupur muka (mask), hancurkan apa sahaja jenis pisang dan perapkan dimuka selama 15 minutes - 1/2 jam, bilas dengan air sejuk. Pupur pisang ini sangat bagus untuk melembab, menegang dan mengurangkan parut-parut di muka
  • exfoliating mask - blend pisang dan lumpur cina, sapukan pada kulit sehingga kering dan bilas dengan air sejuk.
  • pisang yang sudah dilenyek + 1-2 sudu kecil madu sangat bagus sebagai conditioner utuk rambut.
  • rawatan rambut rosak: Pisang masak dilenyek + beberapa titis minyak almond. Urut pada kulit kepala dan rambut selama 15 minit. Bilas dengan air soda, kemudian shampoo seperti biasa.
  • melembut dan menghaluskan kulit tangan: Hancurkan pisang bersama sedikit butter dan urut lembut pada tangan. Buat pupur tangan selama 15 minit, bilas dengan air sejuk.





Nenas: Seperti betik, nenas sangat bagus untuk melembutkan kulit, membersih dan menyegar kulit yang kering dan kusam. Ia kaya dengan enzim dan berupaya menarik keluar sel mati terutama kulit kasar seperti di lutut, siku dan tumit kaki.
  • gosokkan nenas pada badan seperti anda menggunakan sponge atau loofah semasa mandi untuk membuang kulit mati dan mencerahkan tubuh
  • blender 1 keping nenas + 1 sudu besar susu tepung dan dipupur pada muka untuk mencerahkan muka.
  • amalkan memakan sepotong nenas setiap hari untuk badan menguruskan badan


Betik: Betik kaya dengan enzim semulajadi dan antara yang terbaik untuk membersihkan kulit.
  • betik yang sudah dilenyek + 2 sudu besar aloe vera dan urutkan pada seluruh tubuh sekali ebulan. Leave-on tidak lebih dari 5 minit, bilas. Resipi ini tidak sesuai untuk muka bagi mengelakkan iritasi.
  • Memakan betik bagus untuk melawaskan pembuangan air besar





Peach: Sangat bagus untuk kulit kering.
  • Lenyekkan peach + 1 sudu besar plain yoghurt dan buat pupur muka. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk
 
Jom kita cuba!!

No comments:

Post a Comment